Thursday, September 9, 2010

eid mubarak


عيد مبارك


كل عام وأنتم بخير


selamat hari raya eidul fitri buat pembaca blog ini....


Friday, July 30, 2010

الفاعل al-fa'il

assalamulaikum....

hari ini ustaz nak sentuh tentang bab tatabahasa iaitu tajuk al-fa'il (الفاعل) iaitu pelaku....

sebelum ini kita sudah belajar tentang fi'il (الفعل)iaitu perbuatan@kata kerja....

untuk membuat ayat di dalam jumlah fi'liah kita mesti membina ayat menggunakan fi'il (kata kerja) dan si pembuat@pelaku (fa'il)....

contohnya Ali telah makan roti....أكل علي الخبز

makan adalah perbuatan@kata kerja manakala Ali adalah si pelaku perbuatan tersebut iaitu orang yang makan.....jadi Ali adalah fa'il (si pelaku)

kebiasaannya pelaku (الفاعل) datang selepas perbuatan (الفعل)....

untuk maklumat lanjut boleh tengok di dalam slide di bawah....


Presentation 4

Wednesday, July 28, 2010

soalan berasaskan format baru PMR....

Assalamualaikum..

sempena ujian setara 2 yang akan diadakan pada minggu hadapan, ustaz telah menggubal soalan periksa ala format baru PMR....ini bagi membiasakan pelajar dengan format baru ini di masa akan datang.....

berikut adalah bentuk-bentuk soalan yang akan dihadapi oleh para pelajar....

1.bahagian أ (dua puluh markah)

* soalan tatabahasa (nahu dan soraf)
- pelajar akan diuji kemahiran tatabahasa....
- skop tajuk tatabahasa tingkatan dua
- bagi memudahkan pelajar menjawab soalan ini ustaz nasihatkan pelajar menghafaz tasrif fiil madi, mudhari' dan amar dengan baik....
- penguasaaan tasrif membolehkan pelajar menjawab dengan baik

2. bahagian ب (dua puluh markah)

* soalan pemahaman
- pelajar diberi 2 teks di dalam bahasa arab
- pelajar diminta menjawab soalan berdasarkan teks dengan menggunakan bahasa arab
- soalan berkaitan perkataan seerti dan berlawanan juga ada ditanya
- pelajar dinasihatkan menguasai kata tanya (adawatul istifham) dengan baik bagi memudahkan memahami soalan

3. bahagian ج (dua puluh markah)
* soalan berkaitan kemahiran bahasa
- pelajar diberi ungkapan di dalam bahasa melayu dan diminta supaya menulis kembali ungkapan tersebut di dalam bahasa arab
-contohnya ungkapan selamat tinggal di dalam bahasa arab

-pelajar juga diminta membuat ayat berdasarkan gambar

4. bahagian د (dua puluh markah)

* karangan

- pelajar diberi 4 pilihan tajuk karangan dan diminta memilih satu tajuk sahaja
- karangan mestilah tidak kurang daripada 40 patah perkataan

untuk ujian bertulis ini ustaz memperuntukkan 80 markah dan baki 20 markah datang daripada hafazan pelajar dan tugasan lain....

ustaz harap pelajar akan bersedia untuk menempuh ujian setara 2 ini dengan baik....

maa taufiq wan najah....

di bawah ini ustaz sertakan contoh bentuk soalan format baru PMR....


قسم

adawatul istifham

أدوات الاسنفهام (adawatul istifham) adalah merupakan kata tanya....ianya digunakan untuk bertanya tentang sesuatu perkara yang kita tidak kita ketahui.....contohnya apa,siapa,di mana,berapa,bagaimana dan laian-lain lagi....ikuti tutorial di bawah ini untuk penjelasan lanjut.....



istifham

Wednesday, July 14, 2010

tasrif

di antara format baru bahasa arab PMR adalah penekanan kepada aspek nahu dan sarof......
jadi untuk memudahkan para pelajar menjawab soalan yang diberikan para pelajar mestilah menguasai tasrif 14 ini......


التصريف الفعل الماضي

INFO SEMASA

slide show