Tuesday, January 19, 2010

المعرفة والنكرة

ustaz tulis entri ini mengenangkan pelajaran yg telah diajar di kelas 2 aman. nampak masih ada yang kurang jelas tentang ma'rifah dan nakirah. jadi ustaz cerita balik apa itu makrifah dan nakirah.



ma'rifah dan nakirah adalah di bawah kategori isim (kata nama). jadi ia bukan fiil mahupun huruf. ia juga boleh disebut isim ma'rifah dan isim nakirah.



ma'rifah dan nakirah hanya ada pada isim sahaja.



fungsi ma'rifah dan nakirah ini adalah untuk memberi maksud yang jelas tentang apa yang diperkatakan.



ma'rifah menunjukkan kepada sesuatu yang diketahui.

manakala nakirah merujuk kepada sesuatu yg tidak diketahui akan pendengar.


contoh paling senag nak kenal makrifah adalah: ada ال pada awal kalimah.
seperti المدرسة atau القلم
ianya membawa maksud sekolah itu dan diketahui oleh pendengar akan sekolah yang dimaksudkan.

manakala nakirah tiada ال dan hujungnya bertanwin (ً ٍ ٌ )

seperti مدرسةُ atau قلمٌ
ianya berbentuk umum dan tidak diketahui sekolah mana yang dimaksudkan.


diharapkan penerangan ini dapat memudahkan pelajar memahami apa itu makrifah dan nakirah

Tuesday, January 12, 2010

ahlan wa sahlan ilal madrash



فتحت كل المدارس في ماليزيا رسميا منذ الأسبوع السابق

telah dibuka semua sekolah di Malaysia secara rasminya pada minggu lalu


وغالبا في الأسبول الأول أقامت المدرسة ببرامج كثيرة مثل أسبوع التعارف وتوزيع الكتب

المدرسية للطلاب الجدد والاجتماع بين المدرسون وهلم جرى

kebiasaannya pada minggu pertama sekolah mengadakan banyak program antaranya minggu orientasi dan pembahagian buku teks bagi pelajar baru, mesyuarat guru dan lain-lain lagi.


ويرحب المدرسون حضور الطلاب إلى المدرسة ويرجون منهم أن يتحمسون في طلب العلم

guru-guru mengalu-alukan kedatangan pelajar ke sekolah dan berharap para pelajar akan bersemangat dalam menuntut ilmu.





kata kunci (الكلمات المفتاحية) keywords


minggu orientasi: أسبوع التعارف



buku teks : كتاب المدرسي


alatan menulis : آلة الكتابة


kelas : فصل


subjek : مادة
aktiviti kokum : الأنشطة اللاصفية

INFO SEMASA

slide show