Saturday, October 25, 2008

belajar bahasa arab melalui tatabahasanya?

mendengarkan tajuk ini mesti anda tertanya2?
tatabahasa dipanggil nahu didalam bahasa arab.
dulu-dulu time blaja bahasa arab mesti kena blaja nahu dulu.
nahu diberi penekanan kuat dan penting dalam mempelajari bahasa arab.
hasilnya ramai yang boleh menguasai nahu tetapi tidak dapat bertutur lancar dalam bahasa arab. cekap dalam i'rab tetapi tidak dalam bertutur.
Kalau orang ingin belajar berkomunikasi dalam bahasa arab adakah mesti belajar nahu dulu?
contohnya orang yang ingin ke mekah menunaikan haji dan ingin belajar bertutur dalam bahasa arab adakah diajar nahu dulu ataupun terus diajar bagaimana cara bertutur?
jadi apakah pandangan anda dalam isu ini?

1 comment:

  1. Assalamu'alaikum,pertamanya tahniah dengan blog yang diusahakan ustaz, semoga mendapat keberkatan dariNya.

    bagi isu yang diusulkan,tinta saya berpendapat bahawa sebenarnya semuanya bergantung kepada keadaan dan keperluan. sebagai contoh, sekiranya seseorang itu hanya ingin menggunakan bahasa Arab untuk ke Makkah atau melawat negara-negara Arab yang lainnya, maka memadailah dengan mempelajari uslub-uslub muhadathah yang mudah untuk tujuan komunikasi. walau bagaimanapun bagi yang ingin mempelajari bahasa Arab sebagai satu jurusan pengkhususan, maka saya rasakan ianya perlu diajar bermula dengan sintaksisnya juga morfologinya, walaupun bagi kita tujuan utamanya hanya untuk komunikasi. ini disebabkan mereka akan lahir selepasnya sebagai sarjana bahasa.

    والله أعلم بالصواب

    ReplyDelete

INFO SEMASA

slide show