Tuesday, November 25, 2008

ADA APA DENGAN BAHASA ARAB?????

bunyi tajuknya macam sebuah filem cinta yang meletup di negara kita tidak lama dahulu bukan. tapi saya bukannya nak menceritakan tentang filem tersebut. cuma saya ingin membangkitkan persoalan dalam minda pembaca semua ada apa dengan bahasa arab.kenapa penting sangat kita perlu mempelajarinya.kenapa penting sangat untuk kita berdampingan dengannya.
jawapannya ialah bahasa arab yang terkenal sebagai bahasa al-quran ini dijamin oleh Allah menjadi bahasa ahli syurga nanti. nah bukankan hebat bunyinya itu. umpama dunia global sekarang yang menjadikan bahasa inggeris bahasa global sudah tentu kita berasa bangga tatkala menuturkannya. sama juga seperti bahasa arab yang mana kita patut bangga mempelajari serta menguasainya kerana ia bahasa ahli syurga yang mana kedudukannya tersangat jauh lebih baik daripada gelaran bahasa global.
justeru itu janganlah kita memperkecilkan bahasa arab ini dan malu untuk mempelajarinya menguasainya kerana standard bahasa arab ini telah melangkaui dengan jauhnya standard bahasa global sekarang.
in sya ALLAH saya akan kupas lebih lanjut lagi tentang bahasa arab dan ekonomi global di masa akan datang.
سوف نلتقي إن شاء الله في الوقت المقبل

No comments:

Post a Comment

INFO SEMASA

slide show