Tuesday, April 7, 2009

الفاتحة

petang tadi saya mendapat panggilan telefon daripada abang kepada bekas pelajar bahasa arab saya semasa menjalani praktikum di SMK Seri Indah Serdang.
Beliau menyampaikan satu berita yang amat mengejutkan saya. beliau memberitahu saya adiknya(Mohd Amir) telah meninggal dunia semalam akibat kanser. sudah pasti berita ini amat megejutkan saya kerana Allahyarham semasa saya mengajarnya dahulu tidak menunjukkan tanda beliau mengidap peyakit kanser dan selalu kelihatan cergas dan cerdas semasa sesi pembelajaran.
Allahyarham Mohd Amir bakal menghadapi peperiksaan PMR pada tahun ini. Allahyarham yang saya kenali dulu seorang berdisiplin dalam menuntut ilmu dan mempunyai kesungguhan dalam menuntut ilmu. tidah hairanlah beliau dilantik menjadi ketua kelas 2 Ibnu Sina pada tahun lepas.
selepas menjalani latihan praktikum saya masih berhubung lagi dengan beliau melalui sms dan beliau ada memohon restu sebelum menjalani peperiksaan akhir tahun. dan Allahyarham ada menceritakan mengenai saya kepada keluarganya dan melalui situ abangnya dapat menghubungi saya petang tadi.
pemergian Allahyarham amat dirasai dan mengingatkan kita kembali akan janji Allah yang mana setiap manusia sudah dijanjikan akan ajal dan mautnya. bagi kita yang masih hidup maka berusahalah untuk mempersiapkan diri menanti hari kita.
takziah diucapkan kepada Allahyarham dan Al-Fatihah untuk beliau.

انتقل محمد أمير ألى رفيقه الأعلى في الأمس بسبب مرض السرطان
وهو طالب ممتاز ومؤدب
من الله جئنا وإلى الله نرجع

No comments:

Post a Comment

INFO SEMASA

slide show