Wednesday, October 21, 2009

KURSUS PROFESIONALISME GURU





alhamdulillah penulis berkesempatan menghadiri kursus peningkatan profesionalisme guru-guru di institusi pendidikan agama(IPA) zon Sabah dan Sarawak yang telah diadakan pada 19-21 Oktober 2009 di kompleks hotel Tabung Haji Kota Kinabalu Sabah. kursus ini dianjurkan oleh Bahagian Pendidikan Islam (BPI) dan dikendalikan oleh konsultan dari Digital Apprentice. kursus ini bertujuan mendedahkan kepada para guru tentang hala tuju SMKA dan KAA di negara ini serta perkara yang berkaitan dengan profesionalisme guru. penceramah utama adalah Pn. Hjh. Khuzaimah Hj. Sulaiman yang merupakan bekas pengetua super JUSA C dan bekas perunding kanan Institut Aminuddin BAki (IAB). banyak pengalaman yang dikongsi oleh beliau tentang pengalaman beliau dalam dunia pendidikan. Turut hadir memantau kursus ini adalah ustaz Saiful Bahrin Ketua unit pengurusan personel BPI.dapat juga bertemu kawan-kawan lama yang sudah lama tidak bertemu.

kepada semua pelajar 2 aman selamat menghadapi peperiksaan kertas bahasa arab esok. semoga anda semua dapat menjawab soalan-soalan yang diberikan dengan baik. good luck.

No comments:

Post a Comment

INFO SEMASA

slide show