Wednesday, July 28, 2010

soalan berasaskan format baru PMR....

Assalamualaikum..

sempena ujian setara 2 yang akan diadakan pada minggu hadapan, ustaz telah menggubal soalan periksa ala format baru PMR....ini bagi membiasakan pelajar dengan format baru ini di masa akan datang.....

berikut adalah bentuk-bentuk soalan yang akan dihadapi oleh para pelajar....

1.bahagian أ (dua puluh markah)

* soalan tatabahasa (nahu dan soraf)
- pelajar akan diuji kemahiran tatabahasa....
- skop tajuk tatabahasa tingkatan dua
- bagi memudahkan pelajar menjawab soalan ini ustaz nasihatkan pelajar menghafaz tasrif fiil madi, mudhari' dan amar dengan baik....
- penguasaaan tasrif membolehkan pelajar menjawab dengan baik

2. bahagian ب (dua puluh markah)

* soalan pemahaman
- pelajar diberi 2 teks di dalam bahasa arab
- pelajar diminta menjawab soalan berdasarkan teks dengan menggunakan bahasa arab
- soalan berkaitan perkataan seerti dan berlawanan juga ada ditanya
- pelajar dinasihatkan menguasai kata tanya (adawatul istifham) dengan baik bagi memudahkan memahami soalan

3. bahagian ج (dua puluh markah)
* soalan berkaitan kemahiran bahasa
- pelajar diberi ungkapan di dalam bahasa melayu dan diminta supaya menulis kembali ungkapan tersebut di dalam bahasa arab
-contohnya ungkapan selamat tinggal di dalam bahasa arab

-pelajar juga diminta membuat ayat berdasarkan gambar

4. bahagian د (dua puluh markah)

* karangan

- pelajar diberi 4 pilihan tajuk karangan dan diminta memilih satu tajuk sahaja
- karangan mestilah tidak kurang daripada 40 patah perkataan

untuk ujian bertulis ini ustaz memperuntukkan 80 markah dan baki 20 markah datang daripada hafazan pelajar dan tugasan lain....

ustaz harap pelajar akan bersedia untuk menempuh ujian setara 2 ini dengan baik....

maa taufiq wan najah....

di bawah ini ustaz sertakan contoh bentuk soalan format baru PMR....


قسم

No comments:

Post a Comment

INFO SEMASA

slide show