Wednesday, September 16, 2009

رجوع إلى القرية




In sya ALLAH esok (khamis) saya akan pulang ke kampung untuk menyambut eidul fitri bersama keluarga. saya akan menaiki pesawat MAS 6.40 petang ini dan dijangka sampai dua jam setengah kemudian di KLIA. memandangkan waktu berbuka puasa di Kota Kinabalu sekitar 6.18 maka saya mungkin berkesempatan berbuka puasa sebelum kapal terbang berlepas . mungkin sekadar tamar dan air kosong sebelum menjamu makanan yang disediakan oleh pihak MAS. Alhamdulillah di dalam flight MAS ada makanan disediakan dan tiada masalah mencari makanan untuk berbuka. Alhamdulillah juga saya dapat menaiki MAS pada kadar harga promosi iaitu RM 136 pergi dan balik. tiket raya ini saya beli secara online dari bulan 5 lagi memandangkan saya belum boleh mendapat waran perjalanan percuma yang disediakan oleh kerajaan. kalo beli lambat mungkin harganya dalam sekitar rm600.satu jumlah yang agak besar juga untuk balik bercuti. justeru itu saya selalu lihat di web MAS atau Airasia untuk melihat harga promosi yang ditawarkan. jadi untuk balik bercuti ke kampung sememangnya perlu rancang awal-awal bagi meminimumkan kos pengangkutan.

tapi sebelum itu saya berhajat nak bawa balik sotong basah buat mak saya memandangkan harganya di sini agak murah dan segar. mak saya da pesan siap-siap suruh beli sotong di sini kalo sempat. tapi bila baca risalah kesihatan yang menyeru agar kurangkan makanan laut buat masa sekarang akibat fenomena red tide saya pikir dua kali jugak. di sabah ini ada musim red tide di mana tidak digalakkan memakan makanan laut especially kerang atau lokan kerana dikhuatiri tecemar dan beracun. emmmmmh kena pkir balik ni. tapi kuih cincin Melugus memang favorite kena bawak balik. ada ramai peminat di KL sana yang nak makan.boleh wat kuih raya gak.huhuhu

In sya ALLAH tahun ini saya pertama kali berhari raya bersama isteri dan dijangka berhari raya di KL dulu sebelum ke kampung isteri di Lundang, Kelantan. memandangkan cuti seminggu saje jadi kena rancang elok-elok perjalanan supaya dapat beraya di rumah semua saudara mara memandangkan peluang untuk bertemu yang jarang diperolehi kerana bertugas di Sabah.

Saya mengambil peluang ini untuk mengucapkan selamat hari raya eidul fitri kepada semua pengunjung blog ini juga kepada kawan-kawan serta sahabat handai, warga Maktab Sabah serta Asrama Maktab Sabah serta Muslimin dan Muslimat sekalian. semoga Syawal yang bakal tiba akan memberi kita kekuatan untuk berubah dan beristiqamah sebagaimana di dalam bulan Ramadhan.



p/s: dalam bahasa arab ucapan selamat hari raya berbunyi seperti gambar ini kullu ami'n wa antum bikhair yang bermakna setiap tahun kamu dalam keadaan yang baik ataupun i'dun sai'd wa mubarak (hari raya yang gembira dan diberkati). tiada ucapan maaf zahir batin. kita je yang guna hehehe.

No comments:

Post a Comment

INFO SEMASA

slide show