Tuesday, February 17, 2009

qasidah burdah nasyed



lagu ini amat sesuai untuk mereka mempelajari bahasa arab untuk menguasai


kemahiran berbahasa di dalam bahasa arab.


penggunaan bahasa arab fusha serta rentak yang tidak terlalu laju memudahkan


para pendengar mengikutinya.

Wednesday, February 11, 2009

belajar frasa dengan sifatnya



perhatikan video ini dengan teliti.

sekiranya ayat yang digunakan merujuk kepada muzakkar(lelaki) maka sifatnya mestilah muzakkar juga.

contohnya: هذا رجل طويل

manakala jika dirujuk kepada muannas(perempuan) maka sifatnya juga mestilah muannas.

contohnya: هذه إمرأة طويلة

sekiranya muannas maka diakhir perkataan dan sifat diletakkan ta marbutoh (ة)

Tuesday, February 3, 2009

update blog?????? ((terkini))

alhamdulillah sudah hampir sebulan saya berada di kota kinabalu dan saya tidak mempunyai kesempatan yang banyak untuk update blog ini memandangkan tidak dapat ke cyber cafe selalu.ala kulli hal saya akan tetap mencari serta meletakkan sesuatu yang baru di dalam blog saya ini khusus untuk membantu mereka yang ingin belajar bahasa arab.
in sya Allah pengalaman saya mengajar bahasa arab dan pendekatan yang dipraktikkan terhadap anak-anak murid saya akan dapat saya kongsikan bersama pembaca sekalian.
dan saya masih tercari-cari apakah bentuk bentuk pengisian yang saya ingin kongsikan bersama pembaca sekalian memandangkan sudah lama saya tidak update blog ini.
sekian sahaja coretan saya untuk kali ini diharap saya diberi kekuatan dan ilham oleh Allah untuk menyumbang sesuatu kepada pembangunan bahasa arab di Malaysia khususnya di negeri sabah ini.
wassalam

INFO SEMASA

slide show