Thursday, April 30, 2009

peperiksaan pertengahan tahun

إعلان هام
iklan penting
الإمتحان منتتصف السنة لفصل الدراسي الأول
peperiksaan pertengahan tahun bagi penggal pertama
قد خططت لجنة التقييم الداخلي لمدرسة مكتب سابه الجداول الإمتحان منتصف السنة لفصل
الدراسي الأول
jawatankuasa peperiksaan dalaman Maktab Sabah telah merangka jadual peperiksaan pertengahan tahun bagi penggal pertama
ووفقت اللجنة بأن الإمتحان لمادة اللغة العربية للسنة الثانية سيقيم في يوم الخميس موافق بـ
21 مايو 2009
jawatankuasa tersebut telah bersetuju bahawa peperiksaan bagi matapelajaran bahasa arab akan diadakan pada hari khamis bersamaan 21 mei 2009
ومدة إقامته حوالي ساعتان والنصف
tempoh peperiksaan adalah dua jam setengah
للطلبة السنة الثانية لا بد أن تستعدوا لمقابلة الإمتحان القادم من الآن
bagi pelajar tingkatan dua hendaklah bersedia menghadapi peperiksaan daripada sekarang
مع تمنياتي لكم بالتوفيق والنجاح
semoga maju jaya
شكرا والسلام
sekian terima kasih

bentuk arahan soalan

beberapa bentuk arahan soalan di dalam bahasa arab beserta terjemahannya bagi memudahkan pelajar memahami dan menjawab soalan peperiksaan




عَيِّنْ

tentukan

عين المبتدأ والخبر في الجمل الآتية

tentukan mubtada' dan khabar pada ayat berikut



أَكْمِلْ

sempurnakan/lengkapkan

أكمل الجمل الآتية بالكلمات المناسبة

lengkapkan ayat berikut dengan perkataan yang sesuai


أَجِبْ

jawab

أجب الأسئلة الآتية

jawab soalan berikut


اِمْلاَءْ

penuhkan

املاء الفراغ بالكلمات المناسبة

penuhkan ruangan kosong dengan perkataan yang sesuai



رَتِّبْ

susunkan

رتب الكلمات الآتية لتكون جملة مفيدة

susunkan perkataan berikut supaya menjadi ayat yang lengkap


اِسْتَخْرِجْ

keluarkan

استخرج الأفعال من حيث زمنها من القطعة الآتية

keluarkan kata kerja berdasarkan masa daripada petikan berikut

اُكْتُبْ

tulis

اكتب الإجابة في الورقة الموزعة

tuliskan jawapan pada kertas yang diedarkan

وَفِّقْ

padankan

وفق بين الأعداد والمعدود الآتية

padankan nombor dan bilangan berikut

غّيِّرْ

tukarkan

غير الكلمة تحتها خط إلى فعل المضارع

tukarkan perkataan yang bergaris kepada fiil mudhori'

اِنْتَهَتْ

tamat

انتهت الأسئلة

soalan tamat

اِسْتَخْدِمْ

gunakan

استخدم الكلمات الآتية لتكون جملة تامة

gunakan perkataan berikut supaya menjadi ayat yang sempurna



Tuesday, April 14, 2009

Al-Fatihah

tengah malam semalam saya mendapat sms yang mengejutkan. kandungan SMS itu memberitahu saya kawan saya semasa menuntut di UIA telah meninggal dunia. beliau adalah Ahmad Syukri Abd. kadir atau lebih dikenali sebagai Bayyi. Pelajar jurusan bahasa arab dan satu batch dengan saya di matrik dan di main campus. sesungguhnya kehilangan beliau sangat dirasai oleh teman-teman seperjuangan beliau. saya sendiri sudah maklum akan keadaan kesihatan beliau yang tidak berapa baik lantaran mengidap penyakit kanser semasa saya di tahun akhir pengajian. sehinggakan pelajarannya di kuliah sedikit terganggu dan terjejas. semoga Allah merahmati beliau dan ditempatkan beliau bersama para solehin. al-Fatihah.......

Tuesday, April 7, 2009

الفاتحة

petang tadi saya mendapat panggilan telefon daripada abang kepada bekas pelajar bahasa arab saya semasa menjalani praktikum di SMK Seri Indah Serdang.
Beliau menyampaikan satu berita yang amat mengejutkan saya. beliau memberitahu saya adiknya(Mohd Amir) telah meninggal dunia semalam akibat kanser. sudah pasti berita ini amat megejutkan saya kerana Allahyarham semasa saya mengajarnya dahulu tidak menunjukkan tanda beliau mengidap peyakit kanser dan selalu kelihatan cergas dan cerdas semasa sesi pembelajaran.
Allahyarham Mohd Amir bakal menghadapi peperiksaan PMR pada tahun ini. Allahyarham yang saya kenali dulu seorang berdisiplin dalam menuntut ilmu dan mempunyai kesungguhan dalam menuntut ilmu. tidah hairanlah beliau dilantik menjadi ketua kelas 2 Ibnu Sina pada tahun lepas.
selepas menjalani latihan praktikum saya masih berhubung lagi dengan beliau melalui sms dan beliau ada memohon restu sebelum menjalani peperiksaan akhir tahun. dan Allahyarham ada menceritakan mengenai saya kepada keluarganya dan melalui situ abangnya dapat menghubungi saya petang tadi.
pemergian Allahyarham amat dirasai dan mengingatkan kita kembali akan janji Allah yang mana setiap manusia sudah dijanjikan akan ajal dan mautnya. bagi kita yang masih hidup maka berusahalah untuk mempersiapkan diri menanti hari kita.
takziah diucapkan kepada Allahyarham dan Al-Fatihah untuk beliau.

انتقل محمد أمير ألى رفيقه الأعلى في الأمس بسبب مرض السرطان
وهو طالب ممتاز ومؤدب
من الله جئنا وإلى الله نرجع

INFO SEMASA

slide show