Saturday, October 24, 2009

jamuan akhir tahun 2 aman


guru-guru dan pelajar 2 aman


pelajar lelaki 2 aman


guru-guru subjek 2 aman




ampuan menerima anugerah pelajar yang banyak membantu


mizan adilia menerima anugerah pelajar paling cool dan anugerah sahsiah terbaik


wajah-wajah pelajar 2 aman


apa yang lucunya tu


ust. zainudin (guru kelas 2 aman), cikgu Charles(guru sains) dan penulis(guru b.arab)


semalam 23 oktober 2009 pelajar 2 aman telah menagdakan jamuan akhir tahun di Beverly Hotel Kota Kinabalu. para pentadbir dan guru-guru subjek telah dijemput ke majlis itu. majlis diserikan dengan kehadiran puan pengetua serta puan PKP. tahniah kepada pelajar 2 aman kerana telah berjaya menagdakan jamuan tersebut dan juga kepada guru kelas mereka Ust. Zainudin yang telah berjaya membentuk mereka dengan baik. penulis harapkan mereka akan mencapai kejayaan di dunia dan di akhirat. juga semoga mereka dapat beristiqamah di dalam kelas KAA dan mencapai 9A di dalam PMR akan datang.

kepada pelajar 2 aman nantikan keputusan peperiksaan EXCEL akhir tahun bagi subjek bahasa arab dalam masa yang terdekat. ustaz sedang berusaha untuk menanda jawapan anda semua ASAP.

rumah terbuka idulfitri asrama Maktab Sabah


pelajar aspura khusyuk membakar sate


guru-guru Maktab Sabah


pelajar aspura sedang melantak


bergambar bersama pegawai pelajaran daerah (PPD) Kota Kinabalu Dr. Kassim yang sudi hadir ke rumah terbuka asrama

suasana ketika majlis berlangsung


penyelia dan warden asrama


pentadbir dan guru-guru Maktab Sabah


kenang-kenangan bersama PPD Kota Kinabalu


pihak asrama Maktab sabah telah mengadakan sambutan rumah terbuka Idulfitri di perkarangan aspura pada 10 oktober 2009. antara yang tetamu hadir ibu bapa, pentadbir serta guru-guru. Tuan PPD telah meluangkan sedikit masa bersama pelajar memeriahkan lagi rumah terbuka ini. In-sya Allah kita akan buat program lain untuk asrama di masa akan datang. terima kasih atas kerjasama semua pelajar asrama MS. FYI, penulis adalah warden aspura di asrama Maktab Sabah.

Wednesday, October 21, 2009

KURSUS PROFESIONALISME GURU





alhamdulillah penulis berkesempatan menghadiri kursus peningkatan profesionalisme guru-guru di institusi pendidikan agama(IPA) zon Sabah dan Sarawak yang telah diadakan pada 19-21 Oktober 2009 di kompleks hotel Tabung Haji Kota Kinabalu Sabah. kursus ini dianjurkan oleh Bahagian Pendidikan Islam (BPI) dan dikendalikan oleh konsultan dari Digital Apprentice. kursus ini bertujuan mendedahkan kepada para guru tentang hala tuju SMKA dan KAA di negara ini serta perkara yang berkaitan dengan profesionalisme guru. penceramah utama adalah Pn. Hjh. Khuzaimah Hj. Sulaiman yang merupakan bekas pengetua super JUSA C dan bekas perunding kanan Institut Aminuddin BAki (IAB). banyak pengalaman yang dikongsi oleh beliau tentang pengalaman beliau dalam dunia pendidikan. Turut hadir memantau kursus ini adalah ustaz Saiful Bahrin Ketua unit pengurusan personel BPI.dapat juga bertemu kawan-kawan lama yang sudah lama tidak bertemu.

kepada semua pelajar 2 aman selamat menghadapi peperiksaan kertas bahasa arab esok. semoga anda semua dapat menjawab soalan-soalan yang diberikan dengan baik. good luck.

Sunday, October 18, 2009

bentuk arahan soalan peperiksaan

ini adalah beberapa contoh bentuk soalan di dalam bahasa arab.
ustaz paparkan disini supaya memudahkan pelajar memahami arahan soalan di dalam bahasa arab seterusnya membolehkan pelajar meegetahui kehendak soalan yang diingini.

اقرأ موجز الأخبار الآتية ثم أجب عن جميع الأسئلة التي تليها
baca petikan berita berikut kemudian jawab semua soalan yang berikut

اقرأ البريد الإلكتروني الآتي ثم أجب عن جميع الأسئلة التي تليه

baca e-mail berikut kemudian jawab semua soalan yang berikut

اقرأ المفكرات الآتية ثم أجب عن جميع الأسئلة
baca catatan berikut kemudian jawab semua soalan

هات المرادف والمضاد للكلمات الآتية
berikan perkataan seerti dan berlawanan bagi perkataan berikut

المضاف seerti
المضاد berlawanan

أكمل الحوار الآتي
lengkapkan perbualan berikut

صف الصور الآتية في خمس جمل مفيدة
gambarkan gambar berikut dalam lima ayat yang sempurna

رتب الكلمات لتكون جملة مفيدة
susunkan perkataan berikut supaya menjadi ayat yang sempurna

كون الجمل بالكلمات الآتية
bentuk lima ayat dengan menggunakan perkataan berikut

ترجم الجمل الآتية إلى اللغة العربية
terjemahkan ayat berikut ke dalam bahasa arab


ustaz mengucapkan selamat menduduki peperiksaan kepada semua pelajar. semoga anda semua mencapai kejayaan di dunia dan di akhirat. jadikan ilmu sebagai bekalan sepanjang hidup bukannya hanya untuk peperiksaan semata-mata.


حَظُّ سَعِيدٌ
good luck

مع التوفيق والنجاح
semoga berjaya

INFO SEMASA

slide show