Wednesday, September 9, 2009

huruf al-jar

pelajaran huruf jar.
huruf jar berperanan menyempurnakan ayat supaya jelas dan dapat difahami.
huruf jar tidak memberi kefahaman dan makna yang jelas melainkan didatangkan bersama ayat yang lain.

ism mausul


pelajaran ism mausul berpandukan power point presentation.
ism mausul digunakan untuk menghubungkan sesuatu ayat supaya menjadi jelas dan difahami serta juga menggambarkan situasi sesuatu keadaan.

Monday, September 7, 2009

إلى قمة جبل كينابالو






penulis telah berkesempatan menghadiri bengkel perancangan strategik 2010 Maktab Sabah yang telah diadakan di mount heritage resort and spa di Kundasang Ranau pada 15-16 Ogos 2009.

قد شارك المؤلف الورشة تخطيط استراتيجية لتنمية مدرسة مكتب سابه التي قامت بها في الفندق موينت حيريتج في كوندسغ بداية من 15 إلى 16 أغسطس 2009 الماضي


bengkel ini disertai oleh sebahagian guru Maktab Sabah

وشارك بعض المدرسين هذه الورشة


hotel ini terletak berhadapan dengan Gunung Kinabalu yang terkenal dengan ketinggiannya di asia tenggara.

يقع هذا الفندق أمام جبل كينابالو المشهورفي جنوب شرق آسيا


Wednesday, September 2, 2009

RAMADHAN KAREEM

أهلا وسهلا يا رمضان
رمضان كريم
selamat berpuasa diucapkan kepada semua pengunjung blog ini.
semoga ramadhan kali membawa seribu erti kepada anda semua.
nantikan entri terbaru yang akan disiarkan dalam masa yang terdekat.

Saturday, August 1, 2009

ikhtibar at-thani

kepada pelajar dua aman diminta bersedia untuk menghadapi ujian setara dua yang akan diadakan pada 6 Ogos 2009 bersamaan hari khamis. untuk makluman pelajar ujian akan berlangsung selama dua jam setengah.

untuk memudahkan para pelajar membuat persediaan maka di sini ustaz perturunkan sedikit sebanyak bentuk-bentuk soalan yang akan ditanya nanti.

seperti biasa ustaz akan beri dua teks di dalam bahasa arab. pelajar diminta meneliti dan cuba memahami teks untuk memudahkan mereka menjawab soalan. pelajar diminta menjawab soalan berdasarkan teks. teks pertama ada jawapan objektif diberikan dan teks kedua pelajar perlu menjawab dengan ayat sendiri berpandukan teks yang diberi.

pelajar juga diminta untuk memberikan makna perkataan yang serupa dan juga makna yang berlawanan.

seterusnya pelajar akan diuji dengan soalan berbentuk qawaid nahu arabiah. soalan meliputi semua qawaid yang telah dipelajari.

pelajar juga diminta mengisi tempat kosong dengan jawapan yang sesuai.

itu sedikit sebanyak bentuk soalan yang akan ditanya pada ujian setara dua nanti.

akhir kalam ustaz nasihatkan pelajar memperuntukkan sedikit usaha untuk mentelaah pelajaran yang lepas dan cuba sedaya upaya untuk menjawab soalan yang diberikan.

INFO SEMASA

slide show