Saturday, August 1, 2009

ikhtibar at-thani

kepada pelajar dua aman diminta bersedia untuk menghadapi ujian setara dua yang akan diadakan pada 6 Ogos 2009 bersamaan hari khamis. untuk makluman pelajar ujian akan berlangsung selama dua jam setengah.

untuk memudahkan para pelajar membuat persediaan maka di sini ustaz perturunkan sedikit sebanyak bentuk-bentuk soalan yang akan ditanya nanti.

seperti biasa ustaz akan beri dua teks di dalam bahasa arab. pelajar diminta meneliti dan cuba memahami teks untuk memudahkan mereka menjawab soalan. pelajar diminta menjawab soalan berdasarkan teks. teks pertama ada jawapan objektif diberikan dan teks kedua pelajar perlu menjawab dengan ayat sendiri berpandukan teks yang diberi.

pelajar juga diminta untuk memberikan makna perkataan yang serupa dan juga makna yang berlawanan.

seterusnya pelajar akan diuji dengan soalan berbentuk qawaid nahu arabiah. soalan meliputi semua qawaid yang telah dipelajari.

pelajar juga diminta mengisi tempat kosong dengan jawapan yang sesuai.

itu sedikit sebanyak bentuk soalan yang akan ditanya pada ujian setara dua nanti.

akhir kalam ustaz nasihatkan pelajar memperuntukkan sedikit usaha untuk mentelaah pelajaran yang lepas dan cuba sedaya upaya untuk menjawab soalan yang diberikan.

Tuesday, June 30, 2009

ma'ziratan

assalamualaikum...................

ahlan bikum ila hazihi muntadiyat.

sudah bebrapa minggu blog ini kosong tanpa ada update yang terbaru. asif jiddan kerana xsempat nak update ditambah pula kekangan masa dan kekangan internet. ralat juga banyak benda nak ditulis tapi suasana dan situasi tidak mengizinkan.

jadi baru-baru ini telah diadakan mukhayyam arabi peringkat sekolah Maktab Sabah yang juga diadakan sempena bulan akademik Maktab Sabah.

program berlangsung selama dua hari mulai Jumaat hingga Sabtu 26-27 Jun 2009 di Maktab Sabah. peserta yang terlibat adalah dari kalangan pelajar 3 aman. banyak acara dan program yang telah dijalankan dibawah kelolaan Ustaz Norazamuddin. melihat kepada feedback pelajar yang seronok dan berpuas hati maka membakar semangat kami untuk mengadakannya lagi di masa akan datang. ala kulli hal banyak benda yang ana belajar dari mukhayyam ini untuk menambahkan lagi pengalaman dan ilmu untuk menjadikan sesi pengajaran dan pembelajaran bahasa arab tidak begitu membosankan dan menyeronokkan.

alhamdulillah kertas semuanya sudah ditanda. jadi buat pelajar 2 aman nantikan pengumuman rasmi markah anda semua dan In Sya Allah saya akan post markah anda di blog ini.

wa qabla nahtatim liqaana fi hazihil muddah, dau'ni antahizu hazihil fursah li uqaddima lakum as-shukr wa taqdir ala ziaratikum fi hazihil mudauwinat as-saghirah wa hayya maana fi i'la mustawa arabiah fi biladina.

assalamualaikum,......................

Wednesday, June 3, 2009

haflu zafaf

Assalamualaikum Warahmatullah..

Saya Mohd Radzi Bin Amaran ingin menjemput tuan/puan ke Majlis kenduri perkahwinan saya dengan Hanum Rabani Binti Mohd Jaafar pada 13/06/2009 bersamaan dengan hari sabtu di alamat Blok B 4-9, PPR Hiliran Ampang, Jln Ampang Putra,55100 Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur dari jam 12-4 ptg.


Semoga Kehadiran anda akan menyerikan lagi majlis ini

Tuesday, May 26, 2009

اجازة ممتعة

selamat bercuti diucapkan kepada pelajar-pelajar sekolah yang akan bercuti mulai sabtu ini hingga 14 jun 09. diharapkan pelakjar menggunakan kesempatan cuti ini melepaskan sedikit kepenatan dan melegakan diri daripada tekanan di sekolah. walaupun begitu dinasihatkan pelajar mengisi masa lapang dengan aktiviti yang berfaedah dan boleh menambahkan ilmu.

تبدأ العطلة لمنتصف السنة من 30 مايو إلى 14 يونيو 2009 موافق بيوم السبت إلى الأحد التالي

Tuesday, May 12, 2009

imtihan!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!


انتبهوا جيدا

perhatian



kepada semua pelajar dua aman diminta bersedia bagi menghadapi ujian peperiksaan pertengahan tahun bagi subjek bahasa arab.

untuk memudahkan pelajar membuat persediaan maka di sini diperturunkan sedikit sebanyak bentuk soalan dan skop soalan yang bakal keluar.

ianya bukan soalan bocor tetapi sebagai bentuk kaedah bagi memberi peluang pelajar membuat persediaan dengan memahami soalan-soalan yang akan keluar semasa peperiksaan nanti.



antara contoh bentuk soalan yang akan ditanya adalah seperti berikut:



1). soalan pemahaman

- pelajar akan diberi petikan dan dikehendaki menjawab berdasarkan petikan yang diberi.

- pelajar diberi satu contoh iklan dan diminta menjawab butiran iklan itu dalam bahasa melayu.

- pelajar dinasihatkan agar membaca petikan dengan teliti sebelum menjawab.



2). susun ayat

- pelajar diberi beberapa kalimat dan diminta menyusun kalimat tersebut agar menjadi ayat yang sempurna.

-pelajar dinasihatkan agar memulakan ayat dengan menggunakan jumlah fi'liah sekiranya ada kata perbuatan di dalam ayat tersebut.



3). soalan berkaitan dengan Qawaid Nahu

- pelajar diberi satu petikan dan diminta mengeluarkan contoh qawaid nahu yang diminta.

- pelajar diberi petikan dan diminta menentukan qawaid nahu di dalam petikan tersebut.

- pelajar di beri ayat yang sempurna dan diminta menukarkan atay tersebut kepada qawaid nahu yang diminta.

- seelok-eloknya pelajar mengulangkaji kembali qawaid nahu yang telah dipelajari sebelum ini mengikut sukatan tingkatan dua.



4). soalan berkaitan kata-kata hikmah dan perumpamaan

- pelajar diberi satu kata hikmah dan diminta menulis pengajaran yang boleh diperolehi daripada kata-kata tersebut.

- pelajar diminta menulis kembali baris kata-kata hikmah dengan sempurna.

- pelajar dinasihatkan agar menghafaz kata-kata hikmah beserta barisnya sekali.



5). pembetulan kalimah

- pelajar diberi kalimah yang dieja salah dan diminta menulis kembali perkataan yang sebetulnya.



6). menulis ayat

- pelajar diberi satu kalimah dan diminta menulis ayat yang sempurna menggunakan kalimah yang diberi.



7). melengkapkan perbualan

- pelajar diminta melengkapkan perbualan yang diberi dengan ayat yang sesuai.

- kebiasaannya ayat yang diminta ayat perbualan asas.

- seeloknya pelajar menghafaz asas perbualan asas.



8). terjemahan

- pelajar diberi ayat di dalam bahasa arab dan diminta menterjemahkan kembali dalam bahasa melayu.



9). bilangan dan nombor

- pelajar diminta menulis nombor yang diberi dalam bahasa arab.

- nombor yang akan ditanya mengikut sukatan yang telah dipelajari.



10). isi tempat kosong.

- pelajar diminta mengisi tempat kosong dengan perkataan yang sesuai.





itu adalah antara bentuk soalan yang akan ditanya di dalam peperiksaan nanti. saya nasihatkan agar pelajar melihat kembali pelajaran yang telah dipelajari dan bersedia untuk menjawab soalan yang diberi.

pelajar dinasihatkan agar menjawab semua soalan dengan sedaya upaya dan tidak meninggalkan soalan kosong tanpa jawapan.

masa yang diperuntukkan adalah dua jam setengah.





usaha asas kejayaan

الاجتهاد أساس النجاح

INFO SEMASA

slide show