Monday, January 12, 2009

sekolah baru ((terkini))

Alhamdulillah saya telah mendapat keputusan penempatan saya di sabah pada 7 Januari 2009. saya telah ditempatkan untuk mengajar di MAKTAB SABAH Kota Kinabalu sebagai Guru Sandaran terlatih bagi subjek bahasa arab dan pendidikan islam.
ramai yang tertanya-tanya adakah saya mengajar di maktab perguruan. jawapannya tidak. saya mengajar di sekolah menengah yang namanya MAKTAB SABAH.
MAKTAB SABAH merupakan sekolah menengah kerajaan yang pertama di Sabah. untuk maklumat lanjut sila layari www.maktabsabah.net.
sekolah ini merupakan sekolah yang telah melahirkan ramai pemimpin di Sabah sekarang. maktab ini terletak di Kota Kinabalu dan berhadapan dengan Rumah Kerajaan Persekutuan dan berhampiran masjid Negeri Sabah.
dan saya bertuah kerana mendapat penempatan di dalam bandar berbanding dengan kawan-kawan saya yang ditempatkan di Semporna, Ranau, Lahad Datu dan lain-lain tempat di negari sabah ini.
perasaan teruja untuk memulakan tugas masih membara juga sedikit sebanyak kerinduan kepada kampung halaman masih menebal di sanubari. dan K.K juga tidak jauh berbeza dengan K.L dengan malamnya sentiasa meriah dan bermandikan cahaya serta sentiasa hidup.
buat masa ini saya masih mencari rumah sewa dan pada masa yang sama saya menumpang duduk sementara waktu di rumah salah seorang cikgu di sekolah saya sementara mendapat rumah sewa.
semoga ALLAH memudahkan segala urusan saya di dunia dan akhirat. dan buat kawan-kawan saya yang berada di seluruh negeri Sabah teruskan perjuangan anda senua mendidik anak bangsa negara tercinta.
sekian wassalam.

No comments:

Post a Comment

INFO SEMASA

slide show