Sunday, December 28, 2008

tahun baru pengalaman baru!!!!!!!! (terkini)

tahun baru datang lagi.
umat islam akan meraikan kedatangan tahun baru hijrah pada hari ini bersamaan 1 Muharram. dan sudah pasti kedatangan tahun baru akan membawa pergi kenagan lalu dan menghadirkan sinar baru buat makhluk di muka bumi ini.
Alhamdulillah saya telah mendapat keputusan penempatan saya yang mana saya telah ditempatkan di negari bawah bayu iaitu SABAH. satu keputusan yang telah dijangka awal-awal lagi.
apapun saya bersyukur kerana diberi peluang untuk menimba pengalaman di tempat orang yang saya kira sungguh bermakna dan bertuah. dan ketika ini pun saya tengah bersiap-siap untuk pergi ke sana dan menyiapkan apa yang patut di bawa.
maka tahun ini genaplah saya 11 tahun saya mengambara mencari ilmu ALLAH yang maha luas ini dan bermakna selama 11 tahun saya tidak pernah duduk secara tetap di rumah selama lebih dari 6 bulan.
semasa tingkatan 1-5 saya bersekolah di Maahad Al-Aziz Parit Perak dari tahun 1997-2001 kemudian memasuki matrik UIA dari tahun 2002-2004 seterusnya ke main camp UIA dari tahun 2004-2007 dan mengambil DPLI di UPSI pada tahun 2008 dan pada tahun 2009 saya akan bertugas di Sabah yang saya tidak tahu betapa lama tempohnya.
dan saya bersyukur mendapat ibu yang prihatin dan tabah kerana memahami perjuangan menuntut ilmu yang saya lalui meskipun terpaksa berjauhan dengan anak sendiri untuk beberapa ketika.
In sya ALLAH saya akan berlepas ke negeri Sabah pada 5hb 1 2009 dan saya berharap dengan kedatangan tahun baru ini hidup saya akan bererti dan beroleh keberkatan dan keredhaan dari Rabbul Alamin.
semoga saya dapat menyumbang sesuatu kepada agama bangsa dan negara dengan ilmu yang tidak seberapa ini dan saya kira perjalanan ke Sabah ini juga sebagai satu bentuk pembelajaran yang akan dapat mematangkan saya dan memberi pengalaman yang tidak berharga.
dan juga sebagai satu bentuk aplikasi ilmu yang mana dapat memberi gambaran sebenar kepada saya mengenai suasana pembelajaran yang baru.
saya juga akan cuba memastikan blog ini dapat dikemaskini setiap masa dan memberi input-input yang baru kepada pembacanya.

No comments:

Post a Comment

INFO SEMASA

slide show