Wednesday, December 3, 2008

عيد سعيد ومبارك

saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selmat hari raya I'duladha kepada para pelawat blog ini. dikesempatan hari raya ini marilah kita kembali merenungi sirah perjuangan nabi Ibrahim dan puteranya nabi Ismail.
seharusnya kita mengambil aspirasi dari pengorbanan nabi Ibarahim dan puteranya. dalam mempelajari bahasa arab. kerana apa saya tekankan perlunya mengambil aspirasi dari kisah tersebut dalam mepelajari bahasa arab adalah kerana saya lihata ada anak-anak serta para pelajar yang dipaksa oleh ibu bapanya untuk mempelajari bahasa arab walaupun mereka tidak berminat.
perkara beginilah kita perlu mengingati pengorbanan nabi Ismail yang rela dan akur dengan permintaan ayahandanya bahkan meyakinkan ayahandanya agar melaksanakan perintah ALLAH.
jadi buat pelajar yang tidak berminat belajar bahasa dan dipaksa oleh ibu bapa mereka harus merenung kembali sirah ini. mungkin ada hikmahnya ibu bapa suruh mempelajarinya walaupun pelajar tidak nampak sekarang.
saya percaya pelajar akan sedar kepentingan menguasi bahasa arab di masa akan datang dan justeru persiapkanlah diri anda semua untuk menghayati pengorbanan nabi Ibrahim dan puteranya.
akhir kata selamat hari raya I'duladha
عيد مبارك كل عام وأنتم بخير

No comments:

Post a Comment

INFO SEMASA

slide show