Wednesday, December 10, 2008

bahasa arab bahasa ekonomi???????

sebelum saya berbicara izinkan saya mengucapkan takziah kepada mangsa tragedi tanah runtuh yang berlaku baru baru ini.
pertamanya saya ingin mengajak merenung kembali krisis ekonomi global yag berlaku di negara-negara barat dan melempiaskan kesannya kepada negara-negara lain. banyak pihak mencadangkan agar sistem kewangan islam dirujuk dan digunapakai di negara-negara islam termasuk di Malaysia. ini bagi mengelakkan berlakunya krisis sub-prima yang telah berlaku di Amerika Syarikat berlaku juga di negara kita.
natijah daripada peristiwa tersebut banyak pihak telah membuka mata terhadap sistem kewangan islam. dan banyak pihak mula berminat untuk mempraktikkan sistem kewangan islam.
saya tidak berhasrat bercerita lanjut mengenai krisis ekonomi global cuma sebagai muqadimah sahaja. apa yang saya ingin bicarakan disini adalah mengenai status bahasa arab sebagai bahasa ekonomi.
selama ini mungkin kita biasa dengar bahasa arab bahasa syurga, bahasa arab bahasa agama islam, bahasa arab bahasa nabi tetapi pada hari ini mungkin kita boleh katakan bahasa arab bahasa ekonomi.
kenapa bahasa arab boleh jadi bahasa ekonomi. mungkin ramai yang tertanya-tanya. jikalau kita sedar mengenai ekonomi dunia maka kita akan sedar bahawa pengeluaran minyak banyak dikeluarkan di negara-negara yang bahasa rasminya bahasa arab.jika pengeluaran mereka besar maka skala pekerjanya juga besar. jadi peluang untuk menyertai sektor petroleum ini amat besar dan untuk mengadakan kerjasama perniagaan dengan mereka juga tinggi. cuba kita bayangkan jikalau kita mampu berbahasa arab maka sudah tentu urusan perniagaan akan berjalan lebih lancar lagi.
selain itu krisis ekonomi global yang melanda negara-negara barat telah menyebabkan banyak pelabur beralih arah ke negara asia timur yang mana prospek perniagaan mereka amat cerah untuk dikembangkan.

saya pernah mendengar laporan bahawa ramai orang cina singapura mula belajar bahasa arab. ini dilakukan demi memudahkan urusan perniagaan mereka di negara asia timur. satu lagi apa yang saya perhatikan negara-negara timur tengah memiliki kekayaan yang melimpah ruah tetapi kekurangan tenaga kerja mahir dan profesional untuk memajukan negara mereka. jadi mereka ini menggunakan tenaga profesional dari barat untuk membangunkan negara mereka.
jadi sekiranya kita mahir berbahasa arab maka sudah tentu peluang kita untuk menggunakan tenaga kerja profesional kita untuk menarik minat pemerintah negara tersebut menggunakan kemahiran kita.
sebagai contoh ada syarikat dari malaysia yang telah diberi peluang untuk mengerjakan beberapa projek berskala besar di negara arab saudi. juga PETRONAS yang melakukan kerja cari gali di Sudan.
kita juga dimaklumkan hotel yang termewah di dunia terletak di negara timur tengah. ini juga menunjukkan kepada kita prospek kerjaya yang boleh diceburi sekiranya kita mahir berbahasa arab.
di bawah ini saya lampirkan video mengenai peningkatan permintaan belajar bahasa arab di negara barat.


video ini melaporkan peningkatan permintaan belajar bahasa arab di negara barat

sama-sama kita hayati dan fahami kepentingan dan kelebihan menguasai bahasa arab..

لغة العربية لغة الإقتصادية

No comments:

Post a Comment

INFO SEMASA

slide show