Wednesday, March 4, 2009

e-sifar bahasa arab PMR


Alhamdulillah saya berkesempatan menghadiri satu bengkel pemurniaan road show e-sifar bahasa arab PMR negeri Sabah anjuran Sektor Pengurusan Pendidikan Islam negeri Sabah minggu lalu. bengkel ini dihadiri oleh jurulatih utama bahasa arab negeri Sabah dan saya ditugaskan membantu ustaz Norazamuddin, guru bahasa arab di Maktab Sabah yang juga ketua jurulatih utama bahasa arab negeri Sabah. ustaz Norazamuddin juga adalah merupakan guru inovatif peringkat kebangsaan bagi tahun 2006.
melalui bengkel ini saya dapat belajar sedikit sebanyak teknik pengajaran dan pembelajaran serta teknik menjawab soalan yang harus bagi setiap pelajar bahasa arab tahu untuk memastikan kejayaan di dalam peperiksaan. ini kerana belajar bahasa arab memerlukan teknik khas dan menjawab peperiksaan juga memerlukan satu teknik khas yang khusus. oleh itu pelajar tidak boleh mengambl sikap sambil lewa terhadap teknik menjawab soalan.
program e-sifar bahasa arab ini mensasarkan sifar gagal di dalam bahasa arab melalui ceramah tentang teknik menjawab soalan peperiksaan PMR yang mana sekiranya digunakan oleh pelajar saya kira sudah pasti akan dapat mencapai matlamat yang diharapkan.
esok pelajar saya akan menduduki ujian setara 1 bagi subjek bahasa arab dan ini akan menjadi penanda aras dan refleksi kepada aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang telah dilaksanakan. selain itu ia juga menjadi keyhint kepada saya untuk mengetahui sejauhmana penguasaan bahasa arab pelajar saya.
baru-baru ini saya menerima sms dari Dr. Rahmah pensyarah saya di UIAM yang mengatakan telah dinaik pangkat menjadi Prof Madya. tahniah diucapkan kepada beliau.sudah lama saya tidak bertemu beliau semenjak sudah graduate memandangkan beliau adalah advisor kelab debat bahasa arab dan sudah menjadi lumrah untuk berbincang bersama beliau tentang hala tuju serta program debat bahasa arab semasa saya menjadi presiden kelab tersebut. mabruk.sesungguhnya beliau lyak untuk mendapat gelaran tersebut memandangkan banyak usaha dan tenaga beliau dicurahkan untuk memantapkan mutu debat bahasa arab di UIAM dan mutu bahasa arab di kalangan pelajar jabatan bahasa arab UIAM dan aktiviti-aktiviti lain.
minggu lepas juga minggu yang menyeronokkan kerana saya baru sahaja menerima gaji pertama saya. terima kasih kepada kak Masyitah, kerana gaji di sekolah saya yang menguruskan urusan gaji saya dengan agak pantas memandangkan kawan-kawan saya yang lain masih belum menerima gaji mereka lagi.
Alhamdulillah kehidupan saya di kota Kinabalu ini bertambah baik. saya telah berpindah ke rumah sewa dan duduk bersama kawan saya ust Syahir yang mengajar di SMK Tansau. rumah sewa saya terletak di taman Ketiau, Putatan. jarak rumah saya ke sekolah sekitar 15 km.
setiap hari pukul enam saya sudah keluar rumah untuk ke sekolah memandangkan jaraknya agak jauh. alhamdulillah saya tidak menghadapi masalah traffic jem kerana menggunakan motor.teringat kehidupan di KL yang setiap hari mencilok di jalan raya. di sini keadaan tidak jauh berbeza kerana jumlah kenderaan semasa pagi waktu bekerja sangat banyak dan menggunakan motosikal sangat praktikal bagi saya bagi memastikan sampai di sekolah lebih awal.dan saya masih menggunakan motor LC yang saya beli tahun lalu dan telah dipos ke sini menggunakan perkhidmatan MASKARGO.perasaan seronok sangat menebal kerana motor LC itu dapat saya gunakan di sini. setelah mengambil kira semua faktor saya merasakan adalah lebih berbaloi saya menggunakan motor lama saya berbanding membeli yang baru di sini.
sampai disini sahaja coretan saya untuk kali ini. saya masih tercari-cari lagi teknik serta bahan belajar bahasa arab untuk dikongsi bersama pembaca sekalian.
esok adalah latihan terakhir kumpulan marhaban Maktab Sabah di bawah bimbingan saya sebelum menyertai MTQ peringkat gabungan Kota Kinabalu di SMK Kolombong, Inanam. pasukan ini diberi nama Al-murohiqun yang bermaksud remaja. remaja dari segi umur ahlinya dan remaja dari segi umur pasukan ini memandangkan iaya baru ditubuhkan tahun ini. dan saya diberi tanggungjawab untuk melatih pasukan ini. semoga kumpulan ini akan succes di dalam kejohanan tersebut dan di masa-masa akan datang. In sya Allah.
wassalam.................

مع التوفيق والنجاح

No comments:

Post a Comment

INFO SEMASA

slide show