Sunday, March 8, 2009

ilmu dan rahsia

:قال الإمام الشافعي
أخي لن تنال العلم إلا بستة سأنبيك عن تفصيلها ببيان ذكاء وحرص واجتهاد وبلغة وصحبة استاذ وطول زمان




Imam Syafie pernah berkata bahawa menuntut memerlukan enam perkara iaitu kebijaksanaan, minat,kesungguhan, kewangan, petunjuk guru, dan masa. tanpa enam perkara ini maka proses menuntut ilmu mungkin akan menghadapi kesukaran.

jika dilihat pada masa kini kebanyakan enam perkara tersebut boleh dipenuhi dengan mudah oleh para pelajar melainkan minat dan kesungguhan. pelajar hari ini kurang menghadapi masalah kewangan, guru mudah ditemui, masa yang banyak dan mempunyai kebijaksanaan tersendiri. tetapi kurang minat dan kesungguhan.

masalah inilah yang perlu pelajar atasi. kerana minat dan kesungguhan datang dari diri pelajar sendiri dan tiada orang yang mampu mengubahnya. orang sekeliling hanya mampu meransang dan menarik minat pelajar tetapi untuk menjadikan ianya satu usaha ianya tidak boleh tidak datang dari diri pelajar.


untuk para pelajar mari kita sama-sama hayati firman Allah:



إن الله لا يغير ما بقوم حتى يغيروا ما بأنفسهم

sesungguhnya ALLAH tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan mereka sendiri yang mengubahnya

justeru itu menjadi tanggungjawab pelajar untuk mengubah nasib mereka sendiri tanpa mengharapkan orang lain untuk mengubah diri mereka. masyarakat dan persekitaran hanya mampu membantu kita untuk mengubah nasib diri kita.

No comments:

Post a Comment

INFO SEMASA

slide show