Sunday, December 28, 2008
tahun baru pengalaman baru!!!!!!!! (terkini)
umat islam akan meraikan kedatangan tahun baru hijrah pada hari ini bersamaan 1 Muharram. dan sudah pasti kedatangan tahun baru akan membawa pergi kenagan lalu dan menghadirkan sinar baru buat makhluk di muka bumi ini.
Alhamdulillah saya telah mendapat keputusan penempatan saya yang mana saya telah ditempatkan di negari bawah bayu iaitu SABAH. satu keputusan yang telah dijangka awal-awal lagi.
apapun saya bersyukur kerana diberi peluang untuk menimba pengalaman di tempat orang yang saya kira sungguh bermakna dan bertuah. dan ketika ini pun saya tengah bersiap-siap untuk pergi ke sana dan menyiapkan apa yang patut di bawa.
maka tahun ini genaplah saya 11 tahun saya mengambara mencari ilmu ALLAH yang maha luas ini dan bermakna selama 11 tahun saya tidak pernah duduk secara tetap di rumah selama lebih dari 6 bulan.
semasa tingkatan 1-5 saya bersekolah di Maahad Al-Aziz Parit Perak dari tahun 1997-2001 kemudian memasuki matrik UIA dari tahun 2002-2004 seterusnya ke main camp UIA dari tahun 2004-2007 dan mengambil DPLI di UPSI pada tahun 2008 dan pada tahun 2009 saya akan bertugas di Sabah yang saya tidak tahu betapa lama tempohnya.
dan saya bersyukur mendapat ibu yang prihatin dan tabah kerana memahami perjuangan menuntut ilmu yang saya lalui meskipun terpaksa berjauhan dengan anak sendiri untuk beberapa ketika.
In sya ALLAH saya akan berlepas ke negeri Sabah pada 5hb 1 2009 dan saya berharap dengan kedatangan tahun baru ini hidup saya akan bererti dan beroleh keberkatan dan keredhaan dari Rabbul Alamin.
semoga saya dapat menyumbang sesuatu kepada agama bangsa dan negara dengan ilmu yang tidak seberapa ini dan saya kira perjalanan ke Sabah ini juga sebagai satu bentuk pembelajaran yang akan dapat mematangkan saya dan memberi pengalaman yang tidak berharga.
dan juga sebagai satu bentuk aplikasi ilmu yang mana dapat memberi gambaran sebenar kepada saya mengenai suasana pembelajaran yang baru.
saya juga akan cuba memastikan blog ini dapat dikemaskini setiap masa dan memberi input-input yang baru kepada pembacanya.
Thursday, December 18, 2008
POLITIK DAN BAHASA!!!!!!!!!! (TERKINI)
buat pengetahuan semua minggu ini adalah minggu terakhir bagi persidangan parlimen bagi mesyuarat ketiga, penggal pertama, parlimen kedua belas (2008). sepanjang minggu ini beberapa rang undang-undang telah dibentangkan antaranya rang undang-undang suruhanjaya pencegahan rasuah dan rang undang-undang suruhanjaya pelantikan kehakiman.dan seperti dijadualkan parlimen Malaysia akan ditangguhkan persidangannya pada hari ini dan maka begitu jugalah tugas saya akan berakhir.
bila saya mengikuti perbahasan tersebut banyak perkara yang berlegar-legar di fikiran saya dan saya dapat sesuatu yang selama ini saya hanya dengar serta bayangkan sahaja. saya dapat mengetahui sedikit sebanyak perjalanan pentadbiran negara kita dan bagaimana sesuatu belanjawan itu dibentangkan, dibahaskan dan dipersetujui oleh ahli parlimen kita. begitu juga memahami proses bagaimana sesuatu rang undang-undang yang diusulkan akan menjadi satu akta di negara kita selepas mendapat persetujuan majoriti. satu perkara yang sebelum ini saya tidak ketahui dan pelajari. dan Alhamdulillah melalui pengalaman ini saya telah mempelajari dan memperolehi sesuatu yang bermakna dalam hidup saya.
juga semasa sesi perdebatan yang berlangsung di antara ahli parlimen mengingatkan saya kembali kepada zaman universiti saya semasa saya menjadi presiden kelab debat bahasa arab UIAM. yang mana konsepnya ada persamaan iaitu idea dan hujah dilontarkan dan dipertahankan manakala pihak yang lain akan meragukan hujah dan idea tersebut. cuma apa yang dibahaskan di dewan rakyat akan menjadi penyata rasmi atau istilah lainnya dikenali sebagai "hansard" dan mesti bersandarkan kepada fakta dan bukti yang kukuh serta penyelidikan yang mendalam. dan bercakap tanpa berlandaskan fakta yang betul akan menyebabkan kredibiliti seseorang ahi parlimen itu akan terjejas. meskipun begitu saya tidak pernah berdebat walhal saya memegang jawatan presiden kelab debat bahasa arab dan ini meninggalkan sedikit sebanyak sesalan kepada diri saya. tetapi alhamdulillah saya masih mampu meneruskan minat saya terhadap debat ini dengan membantu memberikan idea untuk dihujahkan dan diperdebatkan di dewan rakyat yang mulia dan berprestij itu.
bukanlah saya ingin berbicara panjang lebar mengenai perjalanan parlimen kita di sini cuma ianya sebagai muqaddimah kepada topik yang saya utarakan di atas.
bila saya amati mengenai perjalanan parlimen di negara kita telah mencetuskan satu persoalan kepada saya di mana saya berfikir bahawa politik boleh memberi kesan kepada pembangunan sesuatu bahasa.kenapa saya berkata begitu adalah kerana saya berpendapat fokus dan keutamaan sesuatu bahasa itu tertakluk kepada kesedaran dan dasar pihak pemerintah dan pemegang kuasa politik majoriti di sesebuah negara.
bersandarkan kepada pemerintahan british di negara kita suatu masa dahulu, dilihat pihak british sangat mengutamakan bahasa inggeris dan justeru itu maka sekolah yang menggunakan bahasa inggeris ditubuhkan. begitu juga dengan pemerintahan jepun. jepun berkehendakkan bahasa jepun menjadi bahasa utama maka sekolah yang menggunakan bahasa jepun juga ditubuhkan.
jadi bahasa inggeris dan jepun menjadi keutamaan pemerintah dan maka pembangunan bahasa tersebut mendapat sokongan dari pemerintah. dan mereka yang menguasai bahasa tersebut mendapat keistimewaan dari banyak aspek. maka berbagai usaha dan rancangan dilakukan untuk mencapai matlamat tersebut. hasilnya mereka yang melalui zaman penjajahan tersebut ada yang mampu bertutur di dalam bahasa inggeris dan jepun.
begitu jugalah yang terjadi kepada negara kita. misalnya di negara kita bahasa inggeris diberi penekanan dan peluang oleh kerajaan secara meluas tanpa meminggirkan bahasa ibunda. begitu juga bahasa kebangsaan kita yang diberi peranan dan tempatnya yang tersendiri di negara kita.
kerana apa bahasa inggeris diberi tumpuan oleh kerajaan kita adalah kerana kesedaran akan kepentingan bahasa tersebut.
begitulah juga dengan bahasa arab di Malaysia. kerajaan juga memberi tumpuan kepada pembangunan bahasa arab di malaysia. oleh kerana kerajaan memberikan penumpuan khusus kepada bahasa arab maka bahasa arab mendapat kelebihannya yang tersendiri di negara kita. Alhamdulillah kerajaan telah mengambil inisiatif untuk memartabatkan penggunaan bahasa arab di malaysia melalui kementerian pelajaran yang telah memberi peluang kepada para pelajar untuk belajar bahasa arab. ini melalui pengenalan matapelajaran J-QAF di sekolah rendah dan kelas aliran agama (KAA) yang menawarkan subjek bahasa arab di peringkat sekolah menengah. usaha dasar kerajaan ini telah memberi peluang kepada pelajar untuk mempelajarinya dan telah juga dijadikan subjek tambahan peperiksaan PMR dan SPM serta di peringkat pra-universiti ada ditawarkan STAM.
ini juga bagi memastikan liberalisasi pendidikan dapat dinikmati oleh semua pihak tanpa mengabaikan pihak yang lain. melalui liberalisasi pendidikan atau lebih khusus liberalisasi subjek bahasa arab, pelajar yang tidak diterima ke SMKA dapat juga mempelajari bahasa arab di sekolah menengah harian mengikut sukatan yang sama dengan apa yang di ajar di SMKA. jadi liberalisasi pendidkan ini memberi peluang kepada semua pelajar yang ingin belajar bahasa arab tanpa ada halangan yang wujud. jadi ini saya lihat perkembangan positif kepada pembangunan dan pengembangan bahasa arab di malaysia. ditambah pula dengan usaha kementerian pelajaran mengambil pengambilan baru guru bahasa arab untuk menampung permintaan subjek berkenaan di sekolah-sekolah.
seharusnya kita mengambil peluang ini untuk turut sama memberi sumbangan kepada peningkatan mutu pembelajaran bahasa arab di malaysia.
oleh itu apa yang dapat saya rumuskan di sini adalah jatuh bangun sesuatu bahasa itu mempunyai kaitan rapat dengan kuasa politik. maka untuk memajukan sesuatu bahasa itu tidak boleh tidak mesti melalui politik dan politik boleh menjatuhkan sesuatu bahasa dan begitu juga mampu membangunkan serta mengembangkan sesuatu bahasa. saya juga percaya politik boleh dijadikan sebagai wasilah untuk memartabatkan sesuatu bahasa. saya berharap melalui usaha memberikan pelajar kita peluang belajar bahasa arab akan mewujudkan komuniti yang mampu berbahasa dengan bahasa Al-Quran ini di masa akan datang. Wallahu A'lam.
Tuesday, December 16, 2008
asas perbualan dalam bahasa arab
video ini menerangkan tentang asas-asas perbualan harian dalam bahasa arab yang boleh dan sangat mudah untuk dipraktikkan oleh para penutur bahasa arab.
justeru itu sila hayati video ini cuba untuk mengikut cara perbualan harian tersebut.
ianya mengandungi tiga bahasa iaitu bahasa arab, bahasa melayu dan bahasa inggeris.
ikutilah cara tersebut dan praktikkan dalam kehidupan seharian anda.
Wednesday, December 10, 2008
bahasa arab bahasa ekonomi???????
pertamanya saya ingin mengajak merenung kembali krisis ekonomi global yag berlaku di negara-negara barat dan melempiaskan kesannya kepada negara-negara lain. banyak pihak mencadangkan agar sistem kewangan islam dirujuk dan digunapakai di negara-negara islam termasuk di Malaysia. ini bagi mengelakkan berlakunya krisis sub-prima yang telah berlaku di Amerika Syarikat berlaku juga di negara kita.
natijah daripada peristiwa tersebut banyak pihak telah membuka mata terhadap sistem kewangan islam. dan banyak pihak mula berminat untuk mempraktikkan sistem kewangan islam.
saya tidak berhasrat bercerita lanjut mengenai krisis ekonomi global cuma sebagai muqadimah sahaja. apa yang saya ingin bicarakan disini adalah mengenai status bahasa arab sebagai bahasa ekonomi.
selama ini mungkin kita biasa dengar bahasa arab bahasa syurga, bahasa arab bahasa agama islam, bahasa arab bahasa nabi tetapi pada hari ini mungkin kita boleh katakan bahasa arab bahasa ekonomi.
kenapa bahasa arab boleh jadi bahasa ekonomi. mungkin ramai yang tertanya-tanya. jikalau kita sedar mengenai ekonomi dunia maka kita akan sedar bahawa pengeluaran minyak banyak dikeluarkan di negara-negara yang bahasa rasminya bahasa arab.jika pengeluaran mereka besar maka skala pekerjanya juga besar. jadi peluang untuk menyertai sektor petroleum ini amat besar dan untuk mengadakan kerjasama perniagaan dengan mereka juga tinggi. cuba kita bayangkan jikalau kita mampu berbahasa arab maka sudah tentu urusan perniagaan akan berjalan lebih lancar lagi.
selain itu krisis ekonomi global yang melanda negara-negara barat telah menyebabkan banyak pelabur beralih arah ke negara asia timur yang mana prospek perniagaan mereka amat cerah untuk dikembangkan.
saya pernah mendengar laporan bahawa ramai orang cina singapura mula belajar bahasa arab. ini dilakukan demi memudahkan urusan perniagaan mereka di negara asia timur. satu lagi apa yang saya perhatikan negara-negara timur tengah memiliki kekayaan yang melimpah ruah tetapi kekurangan tenaga kerja mahir dan profesional untuk memajukan negara mereka. jadi mereka ini menggunakan tenaga profesional dari barat untuk membangunkan negara mereka.
jadi sekiranya kita mahir berbahasa arab maka sudah tentu peluang kita untuk menggunakan tenaga kerja profesional kita untuk menarik minat pemerintah negara tersebut menggunakan kemahiran kita.
sebagai contoh ada syarikat dari malaysia yang telah diberi peluang untuk mengerjakan beberapa projek berskala besar di negara arab saudi. juga PETRONAS yang melakukan kerja cari gali di Sudan.
kita juga dimaklumkan hotel yang termewah di dunia terletak di negara timur tengah. ini juga menunjukkan kepada kita prospek kerjaya yang boleh diceburi sekiranya kita mahir berbahasa arab.
di bawah ini saya lampirkan video mengenai peningkatan permintaan belajar bahasa arab di negara barat.
video ini melaporkan peningkatan permintaan belajar bahasa arab di negara barat
sama-sama kita hayati dan fahami kepentingan dan kelebihan menguasai bahasa arab..
لغة العربية لغة الإقتصادية
Wednesday, December 3, 2008
عيد سعيد ومبارك
Tuesday, December 2, 2008
POSTING????????????????
cuma saya masih lagi menuggu panggilan penempatan oleh KPM dan tertanya-tanya dimanakah saya akan ditempatkan.
ala kulli hal saya berdoa agar urusan penempatan saya berjalan lancar dan beroleh penempatan dengan segera.
AMIN
Tuesday, November 25, 2008
bagaimana nak menyebut sifat bagi muzakkar dan muannas
perhatikan video ini dan cuba cari kesimpulan tentang tatabahasa arab ini.
perhatikan perbezaan sifat antara muzakkar dan muannas.
anda akan dapat mengetahui perbezaan jelas antara muzakkar dan muannas.
ADA APA DENGAN BAHASA ARAB?????
Monday, November 24, 2008
MARI LIHAT
sebahagian daripada persembahan pelajar semasa kursus seronok-seronok
bahasa arab di pulau pangkor.
mereka mampu menguasai bahasa arab sekiranya cara dan pendekatan
yang digunakan sesuai dan menarik.
Friday, November 21, 2008
PENGUMUMAN
mungkin ada yang tertanya-tanya ke mana hilangnya story blog ini yang lepas-lepas.
buat pengetahuan semua story dan kandungan lama blog saya masih ada cuma
untuk melihat kandungan yang lepas sila ke laman kanan blog ini yang tertera
anda hanya perlu click sahaja di ruangan yang anda ingin lihat.
sekiranya anda ingin kembali ke laman utama anda hanya perlu ke
SEKIAN TERIMA KASIH
Thursday, November 20, 2008
insan al-ghab
vidoe ini merupakan hasil kerja warga al-irsyad
video yang sangat menarik
cuba perhatikan video ini dan fahami maksud yang ingin disampaikan.
ayatnya mudah sahaja.
ini untuk menguji kemahiran mendengar.
kemudian isi tempat kosong di bawah. selamat mencuba.
إنسان الغاب من ــــ النادرة، وهو ـــ الثدييات، موطنه ـــ جزيرة بورنيو وشمال ـــ سومطرة، سمي إنسان ـــ لتصرفه كـ ــــ، وهو يستطيع أن ـــ بعض ــــ الإنسان، إلا أنه لا ـــــ أن ــــ، وله ــــ ضخم وــــ كبير، ويد ــــ ورجل ــــ، وليس لديه ـــــ، وهو ــــ أوراق ــــ والحبوب وـــــ الشجر والزهور والحيوانات ـــــ كالطيور والحشرات، يقول ـــــ البيئة:، بأن هذا ــــ من الحيوانات ـــ تعرض للانقراض، وـــــ إلى إنقاذه في ـــــ
Wednesday, November 19, 2008
LIRIK LAGU NAHNU SYABAB BESERTA TERJEMAHANNYA
ومجدُهُ مُخَلَّدُ
Kami pemuda (generasi muda) yang mempunyai masa depan
dan kelebihannya berkekalan
السَفْحُ والجَدَاوِلُ والحَقْلُ والسَنَابِلُ
Mata air, anak sungai, sawah padi, padang
وما بَنَى الأَوَائِلُ نحن له مَعَاقِلُ
Dan apa jua yang dilakukan (dibina) oleh orang terdahulu bg kami adalah satu kekuatan (strongholds)
والنُّوْرُ في عُيُونِنَا الدِينُ فِي قُلُوبِنَا
Agama tersemat di hati kami dan cahaya terpancar di mata kami
والحَقُّ في يَمِينِنَا والغَرُّ في جَبِينَنَا
Kebenaran terletak di sebelah kanan kami (berada dalam tangan kami) dan cahaya putih berseri-seri terserlah di wajah kami
Monday, November 17, 2008
musim cuti datang kembali
Monday, November 10, 2008
Wednesday, October 29, 2008
kenangan di UPSI
Tuesday, October 28, 2008
permainan bahasa didalam kelas
antara bentuk permainan bahasa yang boleh dilakukan dalam p&P
mudah serta menarik
pelajar hamya perlu menyusun huruf menjadi perkataan
di samping itu pelajar dapat mempelajari mufradat baru
Monday, October 27, 2008
kenali kelas aliran agama di smk
jadi bagi mereka yang ingin belajar bahasa arab ini peluang yang sebaiknya tanpa perlu pergi ke smka. juga bagi mereka yang tidak dapat tawaran ke smka boleh belajar bahasa arab di smk biasa yang boleh dirujuk di pejabat pelajaran daerah.
Sunday, October 26, 2008
ungkapan yang biasa digunakan di dalam kelas
استمعوا إلى كلام صديقنا
استمعوا إلى قراءة صديقنا
امسح السبورة
ممكن تشرح لنا مرة أخرى
اسمحوا لي
دعوني
عفوا\ آسف\ معذرة
ماذا درسنا في السابق؟
إجلس في مكانك بهدوء
إجلسوا في مجموعاتكم بهدوء
كرر
لا تزعجني
اسكت\ اسكتوا
تفضل\ تفضلوا
جيد\حسنا\طيب\أحسنت
Bagus
بارك الله فيك
Semoga ALLAH memberkati kamu
أنا جوعان
Saya lapar
أنا عطشان
أنا تعبان
ungkapan yang biasa digunakan di dalam kelas
هَلْ أفطرتم\ هل تناولتم الفطور؟
Kamu semua sudah bersarapan?
Adakah pelajar yang tidak hadir?
Kamu semua hadir atau tidak?
Bacalah dengan suara yang kuat dan jelas
Ada sebarang soalan atau komen atau perkara yang tidak jelas?
Saya ada soalan
Saya tidak faham
Bentuklah kumpulan sekarang terdiri daripada 5 orang setiap kumpulan
Hari ini kita akan belajar pelajaran baru
Kita berjumpa lagi esok
Siapa yang hendak menjawab soalan?
Beri perhatian
Saturday, October 25, 2008
belajar bahasa arab melalui tatabahasanya?
tatabahasa dipanggil nahu didalam bahasa arab.
dulu-dulu time blaja bahasa arab mesti kena blaja nahu dulu.
nahu diberi penekanan kuat dan penting dalam mempelajari bahasa arab.
hasilnya ramai yang boleh menguasai nahu tetapi tidak dapat bertutur lancar dalam bahasa arab. cekap dalam i'rab tetapi tidak dalam bertutur.
Kalau orang ingin belajar berkomunikasi dalam bahasa arab adakah mesti belajar nahu dulu?
contohnya orang yang ingin ke mekah menunaikan haji dan ingin belajar bertutur dalam bahasa arab adakah diajar nahu dulu ataupun terus diajar bagaimana cara bertutur?
jadi apakah pandangan anda dalam isu ini?
cara bagaimana untuk mengatakan tidak faham dlm bahasa arab
kita kata lam afham sekiranya kita tidak faham
halusi video ini mengenai ungkapan yang biasa digunakan bagi menunjukkan kita tidak faham
Friday, October 10, 2008
mari dengar dan nyanyi lagu ini
lagu ini sesuai dijadikan bahan abm dalam p&p bahasa arab
lirik yang mudah disebuti
irama yang menarik
mari kita nyanyikan bersama-sama
نحن الشباب لنا الغد ..........